Hardeta Beyond your Everything

Panduan Permohonan BR1M 3.0

22/12/2013 04:58
Permohonan BR1M 2014 akan dibuka pada Tarikh 23 Disember 2013 dan ditutup pada Tarikh 31 Januari 2014. Tarikh Pembayaran BR1M 3.0 pada Februari 2014. Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Borang Permohonan BR1M 3.0 adalah Percuma. Merujuk Kisah Bajet 2014 Belanjawan Malaysia.

 

Tarikh Permohonan BR1M 2014

 

Permohonan Baharu BR1M 3.0

Panduan Pemohon Baharu BR1M 2014. Pemohon boleh mendaftar secara Online / dalam talian atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan BR1M 2014 secara percuma. Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Download Borang BR1M 3.0 melalui laman web LHDN.

 

Tarikh Pembayaran BR1M 2014

Pembayaran BR1M 2014 akan dibuat kepada yang layak bermula Februari 2014 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
 
 
Back

Search site

Hardeta © 2014 All rights reserved