5 Ulat Bulu Paling Bahaya kepada manusia dan Ulat Bulu Naik Daun. Semua Ulat Bulu selalu dihindari manusia kerana bisa gatal pada bulunya agak menyiksakan. Tetapi sebelum itu, memetik ungkapan Ulat Bulu dah Naik Daun, Apa Boleh Buat Nasib Badan. Adakah ia satu Peribahasa atau cuma ungkapan biasa. Kata-kata popular Filem P.Ramlee iaitu Pendekar Bujang Lapuk. Bahasa itu Indah dan Ulat Bulu itu Gatal.
Ungkapan dari Filem Popular "Ulat Bulu dah Naik Daun, Apa Boleh Buat Nasib Badan" ia satu dialog yang dipetik dari filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Pendekar Bujang Lapuk. Ungkapan ini ditujukan kepada P.Ramlie yang sedang sedang berusaha mengorat anak dara Pendekar Musthar. Adakah ia satu Peribahasa atau cuma ungkapan biasa?
Rujuk 1:08:35 hingga 1:10:10
Ada yang mengatakan Ulat Bulu Naik Daun adalah satu Peribahasa yang bermaksud apabila seseorang itu kelihatan bersungguh-sungguh mengorat / mengayat seseorang wanita. Penggunaan gaya bahasa yang keterlaluan bagi memenangi hati wanita idamannya hingga menimbulkan situasi yang janggal.
Namun ada juga yang mengatakan ungkapan Ulat Bulu Naik Daun itu hanya penambahan oleh P.Ramlie. Dimana Peribahasa asalnya adalah "Naik Daun" yang ertinya Seseorang sedang terkenal. Benarkah Ulat Bulu itu sekadar penambahan sahaja yang kemungkinan bermaksud seseorang yang menjengkelkan.
5 Ulat Bulu Paling Bahaya kepada Manusia
Bisa bulu seekor ulat yang dikenali sebagai Ulat Bulu. Apa yang pasti Ulat Bulu jika terkena kulit manusia memang menggatalkan. Oleh itu manusia selalu menghindari dari tersentuh dengan Ulat ini. Namun tahukah kita Jenis Ulat Bulu yang paling Bahaya kepada manusia. Berikut ialah 5 Jenis Ulat Bulu yang dikategorikan Paling Bahaya kepada hidupan lain.
The Saddleback Caterpillar
Sejenis Ulat yang cantik yang pastinya manusia ingin menyentuhnya. Tapi hati-hati jika terkena racunnya boleh menjadikan seluruh badan bengkak, mulut rasa mual dan ruam yang agak teruk. Kesan bisa Ulat Bulu Saddleback ini boleh bertahan di dalam badan berhari-hari lamanya. Ulat ini boleh didapati di pelbagai jenis tumbuhan.
The Cinnabar Moth Caterpillar
Ulat Bulu ini bukan sekadar makan tumbuhan malah ia turut menjadikan ulat atau serangga kecil lain sebagai makanannya. Cinnabar Moth tergolong dalam spesis ulat bulu omnivor / kanibalisme. Untuk mempertahankan hidup ulat ini memiliki senjata racun yang boleh membunuh mangsanya. Kalau tersentuh manusia racun tersebut akan membawa ruam gatal keseluruh tubuh manusia.
The Monarch Caterpillar
Fizikal dan warna ulat bulu ini agak melucukan, iaitu kuning bergaris hitam dan putih. Jika ulat ini sudah menetas, tidak terlihat secara kasat mata kerana ukurannya begitu kecil. Manusia tidak menyedari kehadiran ulat bulu jenis ini. Sesiapa saja tidak suka jika tiba-tiba merasa gata seluruh tubuh tanpa diketahui sebabnya. Ulat Bulu ini membiak sangat cepat, ia memiliki panjang sekitar 5 cm. Jika sudah menjadi kupu-kupu, Monarch Caterpillar diantara paling cantik.
The Gypsy Moth Caterpillar
Ciri khas ulat bulu Gypsy Moth ini adalah memiliki bulu yang sedikit pada badannya namun lebat di kepalanya. Walaupun unik namun bisanya boleh menyebabkan Dermatitis jika terkena manusia. Ramai pekebun sengat membenci ulat bulu jenis ini kerana ia boleh menjadikan tumbuhan dan tanaman mati jika terkena serangannya.
The Bag Shelter Caterpillar
Diantara semua jenis ulat lainnya, ulat ini sangat beracun dan berbahaya hingga mengakibatkan kematian pada manusia. Kesan atau Gejala awal jika terkena racun Ulat Bag Shelter ialah sesak nafas dan ruam diseluruh tubuh. Ulat ini memakan daun, dan aktif pada malam hari.
Bahasa itu Indah dan Ulat Bulu itu Gatal
Ulat Bulu Naik Daun selalunya dikaitkan dengan orang lelaki yang sedang berusaha untuk mengorat seseorang perempuan dengan aksi serta dialog yang agak memualkan.